Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum :) Realiti kehidupan di dunia yang kita harungi ini merupakan kembara yang sementara sifatnya. Dari satu fasa ke satu fasa, dari satu usia ke usia, kita sama-sama menjelajahi dan bermusafir, mencari dan mencapai sesuatu yang kita harapkan. Tidak ada satupun yang kekal dan tidak pula keberadaan kita dalam satu fasa itu berpanjangan dan berkekalan :)

Thursday 22 December 2011

Congratulation sis !

In the name of Allah, The One and Only Most Almighty.

Khamis, 22hb Disember 2011. Ehh, tarikh hari ni kan? Jadi?

Alkisah..bermula pada jam 10 pagi.

''Ain ! Bangon ! Abah da balek ! Ain !'' Jeritan adik bongsuku, Muhammad Akmal Hafiz yang memekakkan telinga berjaya membuatkan aku terjage dari lena. Ohh, aku tertidur rupanya. Atas sofa. Diruang tamu. Penat. Mengantuk. Bahana berjaga sehingga jam 7 pagi. Menemani kakak keduaku, Nur Aisyikin, qiamulail memohon dibukakan pintu hati dan dilapangkan dada. Ditenteramkan jiwa raga memandangkan keputusan Penilaian Menengah Rendah akan diumumkan dalam masa tidak cecah 24 jam. Selepas menunaikan solat Subuh, kami pun..Ehh, apesal gelap ni? Dozed Off ! kroihkroihkroih zzzz..~

''Assalamualaikum..'' Abah masuk sambil memberi ucapan selamat. ''Aik, apasal tak siap lagi ni? Kan abah cakap pukul 10 je dah siap. Terus bertolak.'' kata abah lagi. Aku tercengang. Yeke? Aku berpaling kepada Syikin yang sedang menekan keypad henpon. Semak kuputusan pakai sms la tu. ''Asal ko tak kejot aku?'' tanyaku kepadanya. ''Lahh, aku ingat pukul 10 baru pegi bersiap.'' Ha yelah. Apapejelah. Rushing. Time ni jugak la cari baju, gosok baju, mandi, semuenyelah. Adoooiiy. 

30 minit kemudian. ''Dah siap ! Jom !'' Kunci rumah. Naik kereta. Bace doa naik kenderaan. Gerak ! Dalam perjalanan, Syikin secara tibatiba dan tidak kena memegang tanganku. ''Ain, aku takot..'' Halamak. ''Sejuk gile tangan kau. Abah, tangan Syikin sejuk. Dia takot.'' Sepanjang perjalanan, Abah memberi katakata semangat, berhikmah dan penuh makna untuknya. ''Redha dengan qada' dan qadar. Semuanya dah ditentukan. Kalau dapat 9A, Alhamdulillah la. Kalau 5A, takpe. Jangan merungut. Itu yang terbaik untuk kite kan?''. Syikin bersuara, ''Kenape abah cakap 5A?'' sambil membuat mimik muka yang..entahlah. Sedih kot :) Haha. ''Angah ni..Abah bagi contoh je. :)''. Pastu semua gelak :D

Tibetibe, Apis melontarkan satu soalan cepumas. ''Ape nak takot? Ade hantu? Ade hantu ye Keken?'' *panggilannye tok Syikin. Maklumlah, budak kecik. Pelat sikit* Kahkahkah ! Buat lawak pulak budak ni ditengahtengah rasa cuak yang memuncak. Hadoy..

Setibanya di sekolah, aiikk. Kosong dahh. Semua dah amek result kot. Kecuali ade beberapa orang yang baru sampai ketika kami hampir meninggalkan dewan. Astaghfirullah. ''Nak ambik slip kena bayar dulu ni.'' Buku teks BA dye hilang. Allah, burn 20 ringgit abah. Haha :) Haaa, tekalah berapa A? Kamu nak berape? Kata Ustazah Fatma dan Ustzh Aslina. Syikin tersenyumsenyum macam kambing. Haha. Alhamdulillah ! straight A's ! Semua berbangga dan gembira dengan pencapaiannya. Aku pun tumpang sekaki jugak :) Tahniah ! ;D

Lepas dah ambil mama meeting kat Shah Alam, kami pun pulang. On the way home, pergi tesco Kuala Selangor. Beli barang dapur. And I got an eight GB pendrive. Neither Syikin, she got the same too.
Pastu, pegi secret recipe. Beli oreo cheese cake untuk orang yang cemerlang PMR tu :)




Rejoiced. Till the midnight. Tak siasia usaha kau selame ni kan Kin? :) Tahniah tau ! Aku dah agak dah :P Alhamdulillah.. After all, happy ending :)

Wednesday 21 December 2011

Ohh Ili,


In the name of Allah, The One and Only Most Almighty.

Bersaksikan bintangbintang yang bergemerlipan dan cahaya sang purnama yang terang benderang serta kilauan lampu kalimantang rumah aku, aku tulis Special and Limited Edition Post ni :P

Ili Shazwani binti Nazri. Sahabat aku dunia akhirat. Girl yang tinggi melampai bak kelapa tree depan rumah aku tu. Bed partner aku for almost 2 years. Tambah tahun depan 3 years la kan :) Thanks sudi kawan ngan aku. Sabar dengan perangai aku yang kadang hot macam summer and kadang cool macam winter. Dan aku minta maaf kalau aku menyusahkan kau. Merimaskan otak kau. Mengganggu emosi kau? selame kite berkawan. Haha, peliknye. Tak kesahlah. Rindulah ngan kau. Sebab tu aku buat post nie :) Khas tok kau. Cehh, macam meaningful sangat je =.= Hehe. Hmm, kay lah. Remember aku dalam heart kau yang little, and dalam mind kau yang cekap berfungsi tu. Tension aku kau tau. Aku start hafaz muzakirat dulu tapi kau yang habes hafaz cepatt. Perrghh, otak komputer ke kau ni? :) Juge dalam doa kau tau. Aku sayang kau gilegile <3 Kawan? Selamanya sayang :)


*Lagu kau bagi jugak aku letak. Terharu tak? Kite hanya merancang, tapi Allah, The Greatest Planner yang menentukan. InsyaAllah, 20 tahun lagi, kite jumpe ye :) Cehh.

Monday 12 December 2011

At last,

Finally, the wireless is able to connect me to the other part of the world.
It has been a couple of weeks.
Living here without the internet.
However, I managed to survive :)
Alhamdulillah~

A lot of things going on and it really keeps me struggling with my life.
One after another,
Obstacles do come and make me becomes another person.
I hope the change is for the better.
Not for the way around.



Well. Decision making.
It's hard to make decision which will determine how your life will be after this.
Things will not be the same. And..
You have to face all the consequences as it is what you have chosen.
Not to forget there is always the syaitan : devil who will try.
To lead you away from the right path.
But if you know that all the decision make must be seen by the view from The Most Almighty,
You will finally come back to the right path.
And for sure, your choices will be based on that. Right?
Your choices will be blessed by Him.
InsyaAllah~


Currently, I am in that situation and no one can help me. Except : Allah S.W.T. Things get tougher everyday :( Thus, I badly need You. Guide me please :(

Cinta itu benar dalam dusta.
Cinta itu bahagia dalam duka.
Cinta itu indah dalam sengsara.
Apa ada pada cinta?
Tapi bila cinta hadir, jiwa jadi huru hara.
Hati bersatu, jiwa tetap harum berbunga.
Tapi retak di pertengahan jalan.
Cinta tetap ada.
Tetapi tidak boleh bersatu.
Kembalilah pada cinta yang satu.
Cinta teragung.
Yakni cinta Allah S.W.T.
*Merapu habes*

Ketahuilah bahawa dunia ini begitu tidak bernilai di sisi Allah.
Sesekali Allah tidak suka hamba yang disayangiNya karam oleh godaan dunia.
Kekadang si hamba begitu asyik mengejar dunia sehingga melupakan Kekasih Abadinya.
Allah mendatangkan ujian, agar dia kembali tersentak.
Agar kembali terjaga.
Agar dia kembali sedar bahawa dia sebenarnya sudah jauh tenggelam.
Sudah jauh terbabas dan sesat.
Agar dia membuat u-turn, pusing kembali kepada Kekasihnya.
Apabila ditimpa ujian, dia kembali rebah di hamparan sejadah memohon maghfirah.
Air matanya kembali menitis membasahi pipinya yang selama ini gersang.
Kerana terlalu menikmati keseronakan dunia.
Apabila derita, kita kembali memohon.
Apabila sengsara kita kembali berdoa.
Bukankah itu bukti kasih sayangNya?

"Ya Allah jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersangka baik pada Mu.
Dan sentiasa bersyukur atas anugerah pemberianMu"

Monday 21 November 2011

Mommy..

Mana Mak?

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang
.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang kat dalam”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian,

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan kite. *anakanak*.
Kata orang, hidup seorg ibu waktu mude dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.
Kata Rasulullah, ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah, berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anakanak sebenarnya.
Solat sunat pon Allah S.W.T. suruh berhenti bile ibu memanggil.
Imbas kembali.
Berape kerapkah kite biakan panggilan ibu tidak berjawab?

Saturday 19 November 2011

9 Jenis Anak Syaitan.



Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?


Satan said: ''If you forget Allah, I will never forget you !''. *amek dr video tyme klas science*
Beware of them ! Mereke sntiase mncari peluang untok menyesatkan kite.
Manusia sering lupa. Alpa. Peringatan harus diberikan sentiase. Ambil iktibar, selami input2 penting dlm post aku kali ni, dan selamat beramal !