Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum :) Realiti kehidupan di dunia yang kita harungi ini merupakan kembara yang sementara sifatnya. Dari satu fasa ke satu fasa, dari satu usia ke usia, kita sama-sama menjelajahi dan bermusafir, mencari dan mencapai sesuatu yang kita harapkan. Tidak ada satupun yang kekal dan tidak pula keberadaan kita dalam satu fasa itu berpanjangan dan berkekalan :)

Wednesday 26 June 2013

Takdir


In the name of Allah, The One and Only Most Almighty.



Alhamdulillah. Dapat balik :) SAMBEST jerebu. Ya Allah, melompat semua bila dengar pengunguman tergempar daripada pengetua tercinta. Terjerit jerit. Memang haru. Mungkin sekarang kita diuji. Atas kelalaian kita selama ni. Lalai dengan nikmat kesihatan. Dan Allah nak kita belajar untuk mensyukuri nikmat udara bersih dan segar yang kita selalu lupa dan sering abaikan. Ntah ntah tak pernah terfikir pun. Maha Suci Allah. 

Minggu ni memang banyak kisahnya. Maklumlah 3 minngu tak balik. Eheh. Baru 3 minggu, belum sebulan. Setahun. Camne la nak duduk oversea nanti Ain! Hehe. Satu kisah yang ingin aku kongsikan. Memberi pelajaran dan pengajaran yang bermakna buat aku. Serius. Kawad kaki KRS. Kami mewakili sekolah untuk pertandingan tu. Peringkat daerah. Alkisahnya, sekolah hantar dua wakil. Lelaki dan perempuan. Jadi, kami kena share share semua barang barang sekolah. Baju, baray, glove dan pelbagai aksesori lain. Memang kabut ah. Dan sepanjang hari menuju pertandingan, banyak sangat ujian dan dugaan yang Allah beri. Mungkin Dia ingin melihat dan menilai sejauh mana kebenaran kata kata kami setiap kali sebelum latihan iaitu --->


Niat kerana Allah.

Ok. Stop jap. Ok, buka hati. Tenangkan fikiran. Tutup mata. Eh eh jangan. Nanti camne nak baca. Hihi. Terpulanglah. Ok. Bayangkan...bukan setakat baca dan fikir tapi bayangkan. Anda sedang menaiki sebuah kereta. Tak kisah la nak kereta apape pon. Ferari ke, vios ke, kancil ke. Terpulang. Anda seorang pemandu yang berhemah. Waktu itu, had lajunya 100 km/h. Anda pandu 90 km/h sebab anda pemandu yang berhemah. Vroom vrooommm. Tetiba, dua buah kereta potong anda dari belakang, pecut dengan lajunya. Ish, mesti rasa tercabar kan? Jadi, anda pun mula memecut. Dengan niat untuk menyaingi mereka. TAPI, tetiba anda kena tahan. Dan kena saman oleh polis yang bertugas waktu tu. Apa anda rasa? Mesti panas en sebab...dua buah kereta yang laju tadi tu tak kena saman! Anda pule yang kena! Pasti hati anda akan berkata, atau mungkin terdetik --->

"Asal aku yang kena? Dyorang yang bawak laju dulu, tapi aku yang kena? Ini tak adil!"

Hihi. Betul tak? Jangan risau. Aku pun akan rasa camtu gak kalau aku dalam situasi tu. Ok. Kalau macam tu yang kita kita rasa, ikuti sambungan kisah ni. Sedang anda memaki hamun dan mencaci maki, tiba tiba trafik jadi perlahan. NGGGGEEETT. Ada satu kemalangan dihadapan. Anda pun keluar untuk check it out. Astaghfirullah! Anda sangat terkejut. Sebab yang kemalangan tu DUA BUAH KERETA LAJU TADI! Dan pemandu pemandu kereta tadi meninggal kedua duanya. 

Allahu Akbar.

Anda tersentak. Sentap. Kadang kadang, macam tulah Allah beri amaran, teguran kepada hamba hambaNya. Allah tak turunkan direct balasan atas kejahatan seseorang. Macam pahala jugak. Tak la time kita tengah bersedekah tu, tibe tibe GEDEBUK! Jatuh pahala dari langit. Tak. Kita buat dosa, maksiat, usha yang bukan muhrim takdela tibe tibe PANGG! Kena sambar petir. Nope nope. Bukan cenggitu. Allah tangguhkan. Kenapa? Sebab Allah itu Arrahman. Allah itu Arrahim. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah beri masa, peluang untuk kita bertaubat. Itu pun masih ada lagi yang degil. Keras hatinya. Please, tolonglah sedar. Umat terdahulu, kalau mereka ingkar, azab terus datang direct. Tanaman dimusnahkan, banjir besar, kemarau, ditelan bumi, sambar petir. Nauzubillah. 


Dan ingatlah. Takdir Allah itu memang terbaik. Apa jadi kalau kita tak kena saman time tu? Besar kemungkinan kita pun terlibat dalam kemalangan tu. Betul tak? Sunnguh, Allah Maha Mengetahui. Dan Allah takkan jadikan sesuatu tu sia sia. Pasti ada sesuatu yang Allah nak kita belajar, tahu, dan ambil iktibar daripadanya. Dan bersyukurlah, Allah utuskan polis itu saman kita. Itu sebagai satu teguran dari Nya. Supaya kita tak ulangi lagi kesilapan yang sama. Sebab Allah sayangkan kita. Subhannallah.

Ok. Kita sambung alkisah mula mula tadi. Kawad KRS tuh. Ha, kan kami kena share share barang, tapi camne nak share. Sebab semuanya tak cukup! Allah. Memang dugaan. Mintak pinjam dari satu sekolah ni, mereka tak bagi sebab mereka dah bagi banyak sekolah pinjam selama ni, tapi bila pulangkan tak cukup. Jadi, mereka berat hati nak bagi lagi sesiapa pinjam. Kalau aku pun, aku tak bagi! Dah bagi pinjam, pulanglah balik. Eh, ok. Lari tajuk pulak. Ha, ni yang klimaks nya. Dua hari sebelum pertandingan tu, kami masih tak ada cukup baju. Memang risau. Dan waktu petang itu, kami on the way nak buat latihan, tiba tiba. Jeng jeng jeng. Cikgu **** memanggil aku. Mak aih, cuaknya. Memang muka cikgu tegang habis. Maybe cikgu penat. Baru balik mesyuarat pagi tu. Kata cikgu --->

blablabla. conversation yang awal ni. takyah tau.
cikgu- takyah bertanding. 
aku buat muka bingung.
cikgu- takyah berlatih. pergi balik. 
saat ni. memang aku down habis. memang leleh la.

Ya Allah. Memang sedih sangat time tu. Kami dah nak bertanding dah. Dan kami pun bergerak ke Dataran Sampah @ DM. Buat latihan kat situ. Dan seriously, memang semua down habis. Buruk gila kami perform time latihan tu. Allahu Akbar. Memang tragis. Nasib baik time tu, muncul senior kami. Bagi kata kata semangat. Dan alhamdulillah. Memang kami mula kembali bermotivasi. Dan time tu jugaklah, ketua platun dari skuad lelaki datang. Katanya, dia baru jumpa cikgu pengurus kami. 

Dia- C.Shikin kata cikgu **** gertak jetu. Esok dapat baju baru. Korang nak separuh tak?
memang time tu, aku takde mood sangat. tak rasional langsung kan aku.
Aku- takpelah. tapi dia mangat mengoffer. mungkin nak naikkan balik semangat kami kot. tq la bro.
Aku- daripada separuh baru separuh lusuh, baik lusuh semua. aku memang ikhlas la bg dyorang. sebab dyorang pun kawad dah lawa. memang in shaa Allah menanglah. baik bagi dyorang je.
Dia- oh ok. berlatih elok elok. kata kata yang sedikit sebanyak menaikkan balik mood aku. Allah. Dugaan2. 


Alhamdulillah. Keesokannya, memang baju sampai. Lewat petang tu. Kami deal dengan mereka (lelaki), kami jahitkan BAJU BARU mereka, mereka gilapkan boot kami. Jadi malam tu, memang kami sibuk jadi suri rumah. Macam ada kelas menjahit pulak kat musolla malam tu. Memang kami tidur sangat lewat malam tu. Malam yang sepatutnya waktu tu kami tidur, rehatkan diri sebab esok hari pertandinan dan sebab pagi tu kami berlatih pulun pulun kat sekolah. Kena marah depan satu sekolah. Allah, memang malu. Tapi, ingat. Marah tu kan tanda sayang. Syukran cikgu :') 

Kami di belakang.

Dan setinggi tinggi syukur ke hadrat Allah, setelah segala dugaan dan banyaknya ujian yang kami lalui, Allah gantikan dengan sesuatu yang kami nak. Alhamdulillah. Memang ada hikmah disebalik penderitaan (cehh, derita lah sangat) kami. Kan takdir Allah tu yang terbaik :) Kami dapat JOHAN :) Mereka (lelaki) pun dapat JOHAN. Ya Allah, memang time tu terasa hikmah dan kasih sayang Allah. Memang terharu habislah! Doakan kami. Untuk negeri nanti. Takutt. Rabbi yassir wala tuassir. 


Nyanyian lagu Ayuh Bestari.

Alhamdulillah. Gembira tak ingat dunia.



"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

Perancangan manusia itu usaha, perancangan Allah itu takdir. Kita sama sama merancang. Tapi Allah lah yang menentukan. Dan Maha Suci Allah, Dia jualah sebaik baik perancang.



Friday 29 March 2013

Tiru Nabi

In the name of Allah, The One and Only Most Almighty.


''Abah, nanti buatkanla kitorang susu yang letak kurma,badam ngan kismis tu''. 
''Ok. Nanti abah buat. Letak madu sekali''.
''Yeay!''. Sahut kami beramai-ramai.
''Buat banyak-banyak tau, bah''. Sambil tersenyum.
''Amboi, sorang segelas je~''.
Jeda. Meletus ketawa kami.

Malam itu, seusai solat Maghrib berjamaah, jemariku laju membelek majalah Asuh keluaran..2011? Uish, lama dah tu. Hehe, baru berkesempatan nak baca. Di ruangan Tiru Nabi, didedahkan makanan sunah Rasulullah SAW iaitu kurma, kismis dan madu. Aih, cam kebetulan je. Getus hatiku. 'Tak tak. Inilah takdir'. Kata hatiku lagi. Aku tersenyum.

Takdir Allah itulah yang terbaik.

Kesempurnaan Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok bandingnya. Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan lahan, sederhana dan berkongsi makanan. 

''Oit, apa makanan sunahnya?''

Ok, jom kita check it out. Rasanya semua familiar dah dengan makanan makanan ni.

1. Kurma @ Tamar @ Dates


Setiap kali masuk waktu Dhuha, Rasulullah SAW selalu makan 7 biji kurma ajwa' untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat zat yang terkandung dalam kurma. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin. Cepat check kat dapur, ada kurma tak? 

Khasiat and kelebihan buah kurma:
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: '' Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya akan menyebabkan penghuninya kurang sihat.''
  • Nabi Muhammad bersabda: '' Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya).''
  • Abu Abdillah a.s berkata: '' Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir.''
  • Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: '' Sesiapa memakan tujuh biji buah kurma yang baik, maka cacing cacing yang ada dalam perutnya akan mati.''
  • Sayidina Ali r.a meriwayatkan: '' Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman yang ada di dalam badannya.''
2. Kismis @ Raisins


Siapa tak kenal buah kismis, angkat tangan? Wah, ramainya. Ok, kismis ni buah anggur yang dah dikeringkan. Tengok tu, dah kerepot. Kismis membekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh badan seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium, dan vitamin B1, B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan seluruh badan. 

Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen antioksidan (antipenuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. 

Khasiat dan kelebihan kismis:
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: '' Sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian.''
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: '' Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu / cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.''
  • Imam Ali a.s berkata: '' Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.''
3. Madu @ Honey


Manis kan madu? Madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas Subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapan dengan segelas air dicampur sesudu madu asli. Kalau tengok dari segi kesihatan, madu ni fungsinya membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan. 

Khasiat dan kelebihan madu: 
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: '' Sesiapa yang ingin memiliki hafalan yang kuat, hendaklah dia meminum madu.''
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: '' Sebaik baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada dalam dada.''
  • Dari Imam Ali a.s: '' Madu ialah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati.''
  • Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s: ''Rasul SAW sangat menyenangi madu''.
  • Dari Imam Ja'far Ash-Shafiq a.s: '' Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al Quran.

Pagi tadi..


''Alhamdulillah, thank you abah!''
Terima kasih Ya Allah.

الله اعلم 

Tuesday 12 February 2013

Tahun ini

In the name of Allah, The One and Only Most Almighty.


Alhamdulillah, syukur kehadrat-Nya kerana masih diberi keizinan menghirup udara, meneruskan perjuangan, kembara yang seakan panjang tapi ringkas pada hakikatnya. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana berkat pengorbanan, perjuangan baginda bermandi darah, kita dapat merasai nikmat iman dan Islam itu sendiri. Ya Hanana~

Sudah 16. 16 tahun aku hidup di atas muka bumi Allah ini. Ya, sedar atau tidak, sudah 16 tahun. Banyak yang berlaku dan berlalu. Pahit, manis, semua telah kutelan. Dan alhamdulillah, diri ini masih kuat mengorak langkah meskipun dugaan dan cabaran, tidak kurang juga rintangan yang menyapa. Syukur. Kerana itulah yang mewarnai kehidupan kita. 


Dan tanpa sedar, sudah 4 tahun aku menimba, mengutip ilmu di bumi Bestari. Bersama sahabat sahabat yang setia bersama di sisi. Bersama guru guru yang tidak pernah jemu mencurah bakti. Bersama kakak kakak, adik adik, abang abang yang bermacam ragam berkongsi apa yang dihati. Semuanya kita dilakukan bersama. Dan pasti. Pasti berat hati ini mahu meninggalkan Bestari. Kerana hati ini dah sebati dengan cara hidup disana. Biah disana. 


Sahabat. Minggu suai kenal, orientasi tempoh hari benar benar memberi kesan dalam hati. Benar benar mencambahkan benih kasih dan sayang terhadap kalian semua. Sungguh, aku tahu. Banyak salah. Banyak silap. Banyak khilaf yang aku lakukan terhadap kalian, tapi percayalah. Banyak juga yang aku pelajari darinya. Kekadang, aku rasa 'kurang bijak'. Terasa bodoh (maaf, agak kasar bunyinya) atas tindak tanduk yang dah aku lakukan terhadap kalian. Bila difikir balik, rasa tak masuk akal, kan? 

Menuduh tanpa menyiasat. 
Musuh dalam selimut. 
Api dalam sekam. 
Main kayu tiga?

Ingat lagi tak kenangan kita ni? Apalagi? Hmm. Kebudak-budakan, kan? Tapi, itulah aku. Dahulu, dan in shaa Allah, aku akan berhijrah. Tunjuk ajar dipohon, bimbingan diperlukan.




Verily, Allah knows the best!

Buat sahabat sahabat yang dah menamatkan kembara di Bestari, 

-Laila                                -Ikmal 
-Sabrina                            -Naim
-Zunorain                          -Naufal
-Anis Amirah                     -Anwar
-Nazhan                            -Afiq Aiman
-Bozo                               -Lebai
         -dsb (aku tak ingat dah)

Jaga diri baik baik ye kawan. Jaga iman jugak. Bring Allah and Al Quran always, in your heart. Ihfazullah, yahfizuka. Ingat tu. Kalau kita 'jaga' Allah, Allah akan jaga kita. Peganglah dengan kata kata ni, sebab janji Allah tu pasti! Forget us never, tau! Bawa kenangan, memori, nostalgia kita bersama. Sama sama gelak, ketawa, sedih, suka, duka, nangis, senyum, sapa, salam, syukur, SAMBEST SMART. Semuanyalah! Genggam erat semua tu! Kat sana, tunjukkan. Buktikan, yang korang ni~

PRODUK SAMBEST.

Keluaran SAMBEST. Bawalah apa yang baik kat sini, ke sana. Zahirkan qudwah hasanah. Dengan IKHLAS. Aku bukan nak suruh riya' ye ni. Tapi bawalah diri korang yang dah sedia baik ni ke sana, dan menjadi yang lebih baik lagi daripada waktu korang kat SAMBEST. Dan mungkin jauh lebih baik daripada kitorang kitorang ni. Aku tau korang boleh. Sebab korang yang terpilih yang dah Allah pilih. Jadi, korang kene manfaatkanlah. Kitorang kat sini takleh la nak halang, takleh la nak lawan takdir Allah.  Tapi In shaa Allah, kitorang iringkan doa. Doa penghubung yang paling kuat, tau. 


Kita hanya mampu merancang, tapi Allah lah yang menentukan. Dan Allah jualah sebaik baik perancang. 

Ukhuwah fillah itu takkan pernah putus. Sebab ia Fillah. Kerana Allah. Kerana Allah sentiasa di hati kita. Di fikiran kita. Bersama kita. In shaa Allah. Ukhuwah Fillah Abadan Abada Ilal Jannah~ :)

Wahai sahabatku, aku menyayangimu kerana Allah Taala.

Antara golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari akhirat kelak iaitu dua orang yang berkasih sayang kerana Allah Taala. Mungkinkah kita dalam kalangan golongan ini?

Wallahua'lam.