Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum :) Realiti kehidupan di dunia yang kita harungi ini merupakan kembara yang sementara sifatnya. Dari satu fasa ke satu fasa, dari satu usia ke usia, kita sama-sama menjelajahi dan bermusafir, mencari dan mencapai sesuatu yang kita harapkan. Tidak ada satupun yang kekal dan tidak pula keberadaan kita dalam satu fasa itu berpanjangan dan berkekalan :)

Friday 29 March 2013

Tiru Nabi

In the name of Allah, The One and Only Most Almighty.


''Abah, nanti buatkanla kitorang susu yang letak kurma,badam ngan kismis tu''. 
''Ok. Nanti abah buat. Letak madu sekali''.
''Yeay!''. Sahut kami beramai-ramai.
''Buat banyak-banyak tau, bah''. Sambil tersenyum.
''Amboi, sorang segelas je~''.
Jeda. Meletus ketawa kami.

Malam itu, seusai solat Maghrib berjamaah, jemariku laju membelek majalah Asuh keluaran..2011? Uish, lama dah tu. Hehe, baru berkesempatan nak baca. Di ruangan Tiru Nabi, didedahkan makanan sunah Rasulullah SAW iaitu kurma, kismis dan madu. Aih, cam kebetulan je. Getus hatiku. 'Tak tak. Inilah takdir'. Kata hatiku lagi. Aku tersenyum.

Takdir Allah itulah yang terbaik.

Kesempurnaan Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok bandingnya. Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan lahan, sederhana dan berkongsi makanan. 

''Oit, apa makanan sunahnya?''

Ok, jom kita check it out. Rasanya semua familiar dah dengan makanan makanan ni.

1. Kurma @ Tamar @ Dates


Setiap kali masuk waktu Dhuha, Rasulullah SAW selalu makan 7 biji kurma ajwa' untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat zat yang terkandung dalam kurma. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin. Cepat check kat dapur, ada kurma tak? 

Khasiat and kelebihan buah kurma:
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: '' Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya akan menyebabkan penghuninya kurang sihat.''
  • Nabi Muhammad bersabda: '' Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya).''
  • Abu Abdillah a.s berkata: '' Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir.''
  • Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: '' Sesiapa memakan tujuh biji buah kurma yang baik, maka cacing cacing yang ada dalam perutnya akan mati.''
  • Sayidina Ali r.a meriwayatkan: '' Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman yang ada di dalam badannya.''
2. Kismis @ Raisins


Siapa tak kenal buah kismis, angkat tangan? Wah, ramainya. Ok, kismis ni buah anggur yang dah dikeringkan. Tengok tu, dah kerepot. Kismis membekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh badan seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium, dan vitamin B1, B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan seluruh badan. 

Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen antioksidan (antipenuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. 

Khasiat dan kelebihan kismis:
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: '' Sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian.''
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: '' Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu / cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.''
  • Imam Ali a.s berkata: '' Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.''
3. Madu @ Honey


Manis kan madu? Madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas Subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapan dengan segelas air dicampur sesudu madu asli. Kalau tengok dari segi kesihatan, madu ni fungsinya membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan. 

Khasiat dan kelebihan madu: 
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: '' Sesiapa yang ingin memiliki hafalan yang kuat, hendaklah dia meminum madu.''
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: '' Sebaik baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada dalam dada.''
  • Dari Imam Ali a.s: '' Madu ialah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati.''
  • Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s: ''Rasul SAW sangat menyenangi madu''.
  • Dari Imam Ja'far Ash-Shafiq a.s: '' Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al Quran.

Pagi tadi..


''Alhamdulillah, thank you abah!''
Terima kasih Ya Allah.

الله اعلم