In the name of Allah. The One and Only Most Almighty.
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3
diturunkan sesudah waktu Asar iaitu pada hari Jumaat di Padang Arafah pada
musim haji penghabisan (Wada’)
Pada masa itu Rasulullah S.A.W. berada di Padang
Arafah di atas unta. Ketika ayat ini diturunkan Rasulullah tidak begitu jelas
penerimaan nya, untuk mengingati isi dan makna yang terkandung di dalam ayat
tersebut, Baginda bersandar pada unta beliau sambil unta tersebut duduk
perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibrail A.S dan
berkata:”Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurnakan
urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan
demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para
sahabatmu dan beritahu mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu
dengan kamu.”
Sebaik sahaja malaikat Jibrail A.S pergi maka
Rasulullah S.A.W pun berangkat ke Mekah dan terus ke Madinah.
Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para
sahabat beliau, maka Rasulullah pun menceritakan apa yang telah di beritahu
oleh malaikat Jibrail A.S. Apabila para sahabat mendengar hal demikian maka
mereka pun gembira sambil berkata:”Agama kita telah sempurna! agama kita telah
sempurna!”
Apabila Abu Bakar mendengar keterangan
Rasulullah S.A.W. itu, dia tidak dapat menahan kesedihannya maka dia pun
kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis. Abu Bakar menangis dari pagi
hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah
sampai kepada sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah
Abu Bakar r.a dan mereka berkata:”Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat
kamu menangis sehingga sebegini sekali keadaan mu? Sepatutnya kamu berasa
gembira sebab agama kita telah sempurna.”
Mendengar pertanyaan dari para sahabat maka Abu
Bakar r.a pun berkata:” Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang
musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara
itu telah sempurna maka akan kelihatan lah kekurangannya. Dengan turunnya ayat
tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W.
Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi janda.”
Setelah mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a
maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a, lalu mereka
menangis. Tangisan mereka telah di dengar oleh para shabat yang lain, maka
mereka pun terus memberitahu Rasulullah S.A.W. tentang apa yang mereka lihat
itu.
Salah seorang dari sahabat berkata:” Ya
Rasulullah, kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a dan kami dapati ramai
orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau.”
Apabila Rasulullah mendengar keterangan dari
sahabat itu, maka berubahlah muka Rasulullah dan dengan segera beliau bergegas
ke rumah Abu Bakar r.a.
Sebaik sahaja Rasulullah sampai di rumah Abu
Bakar r.a maka Rasulullah S.A.W melihat kesemua mereka yang menangis dan
bertanya. “Wahai sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?” Kemudian Ali r.a
berkata:” Ya Rasulullah S.A.W., Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini
membawa tanda bahawa wafat mu telah dekat. Adakah ini benar, ya Rasulullah?”
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:” Semua yang
dikata oleh Abu Bakar r.a adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku
meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan
Rasulullah S.A.W maka dia menangis sekuat tenaganya sehingga dia jatuh pengsan
sementara Ali r.a pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain
menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu.
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersalam dengan para
sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. [Kisah Rasulullah S.A.W
hidup selepas turunnya ayat terakhir itu ada yang menyatakan 81 hari, 50 hari,
35 hari dan ada juga yang mengatakan 21 hari.]
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah S.A.W.,
beliau menyuruh Bilah bin Rabah azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah
para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah S.A.W. kemudian Rasulullah
menunaikan solat 2 rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan
solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: “Alhamdulillah, wahai
para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak
orang kepada jalan Allah dengan izin Nya, dan saya ini adalah sebagai saudara
kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu
kalau sesiapa mempunyai hak untuk dituntut, maka hendaklah dia bangun dan
memberitahu saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”
Rasulullah berkata sebanyak tiga kali kemudian
bangun seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah Bin Muhshan’ dan berkata:” Demi
ayah dan ibuku Ya Rasulullah S.A.W., kalau anda mengumumkan kepada kami
berkali- kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini.” Lalu ‘Ukasyah
berkata lagi: “Sesungguhnya dalam perang Badar, saya bersamamu Ya Rasulullah,
pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun
turun menghampiri anda dengan tujuan supaya dapat mencium peha anda, tetapi
anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda supaya berjalan cepat, yang
mana pada masa itu anda terpukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak
tahu sama ada anda sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut.”
Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai Ukasyah,
Rasulullah sengaja memukul kamu.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata kepada Bilal
r.a.: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke
mari.”
Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah
sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata:”Rasulullah telah
menyediakan dirinya untuk di balas (qishash).”
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal
pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dengan
berkata:” Siapakah di pintu?”
Lalu Bilal berkata:”Saya Bilal, saya
diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengambil tongkatnya.”
Kemudian Fatimah berkata:” Wahai Bilal, untuk
apa ayahku meminta tongkatnya?”
Bilal berkata:”Wahai Fatimah, Rasulullah S.A.W.
telah menyediakan dirinya untuk di qishash.” Fatimah bertanya lagi:”Wahai
Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah
S.A.W.?”
Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a.,
sebaik sahaja Fatimah r.a memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawa
nya kepada Rasulullah S.A.W.
Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat
tersebut dari Bilal maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah’. Melihat hal
yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil
berkata:”Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda Rasulullah S.A.W.,
tetapi kamu qishashlah kami berdua.”
Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar kata-kata
Abu Bakar dan Umar maka dengan segera baginda berkata:”Wahai Abu Bakar dan
Umar, duduk lah kamu sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempat untuk
kamu berdua.”
Kemudian Ali r.a. bangun lalu berkata:”Wahai
‘Ukasyah! aku adalah orang yang sentiasa berada disamping Rasulullah S.A.W.
oleh itu kamu pukul lah aku dan janganlah kamu mengqishash Rasulullah S.A.W.”
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai Ali,
duduklah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan
mengetahui isi hati mu.”
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan
berkata:”Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu
Rasulullah S.A.W., kalau kamu mengqishash kami sama dengan kamu mengqishash
Rasulullah S.A.W.”
Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah S.A.W.
pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.”
Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai ‘Ukasyah,
pukul lah saya kalau kamu hendak memukul.”
Kemudian ‘Ukasyah berkata:” Ya Rasulullah S.A.W.
anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.”
Maka Rasulullah S.A.W. pun membuka baju, sebaik
sahaja
Rasulullah S.A.W. membuka baju maka menangislah
semua yang hadir.
Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan
Rasulullah S.A.W. maka dia pun mencium beliau dan berkata: “Saya tebus anda
dengan jiwa saya, ya Rasulullah S.A.W. Siapakah yang sanggup memukul anda. Saya
melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan
oleh Allah S.W.T. dengan badan saya dan Allah S.W.T menjaga saya dari neraka
dengan kehormatanmu.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:”Dengarlah
kamu sekelian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”
Kemudian semua para jemaah bersalaman atas
kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para
jemaah berkata:” Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu,
engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah S.A.W.
di dalam syurga.”
Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka
beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a dan beliau berkata:
“Selamat datang kamu semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua, saya
berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan
mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan
kamu semua hampir dekat. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang
memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid
hendaklah menolong keduanya.
Setelah itu kamu kapani aku dengan pakaianku
sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain Yaman
yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku
diatas diatas balai tempat tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu kamu semua
keluarlah sebentar meninggalkan ku. Setelah itu baru kamu semua masuk
beramai-ramai bersolat ke atasku.”
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang
sungguh menyayat hati itu maka mereka menangis dengan nada yang keras dan
berkata:” Ya Rasulullah S.A.W., anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada
kami dan untuk semua yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan
kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah
tiada nanti siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:” Dengarlah
para sahabatku aku tinggalkan kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang
dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua, dua penasihat yang satu daripadanya
pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah
Al-Quran dan yang diam itu ialah Maut.
Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit
diantara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku
dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutlah dia dengan mengambil
pengajaran dari mati.”
Setelah Rasulullah S.A.W. berkata demikian, maka
sakit Rasulullah S.A.W. bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah sakit selama 18
hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan
bahawa Rasulullah S.A.W. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin.
Pada hari isnin, sakit Rasulullah S.A.W.
bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesai azan subuh, maka Bilal r.a pun
pergi ke rumah Rasulullah S.A.W. Sesampainya Bilal r.a di rumah Rasulullah
S.A.W., maka Bilal r.a pun memberi salam:” Assalamualaikum ya Rasulullah.” Lalu
dijawab oleh Fatimah r.a: “Rasulullah S.A.W. masih sibuk dengan urusan beliau.”
Setelah Bilal r.a mendengar penjelasan dari
Fatimah r.a maka Bilal pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah
r.a itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu
Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah S.A.W. dan memberi salam seperti
permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a telah didengar oleh Rasulullah dan
baginda berkata:”Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin
berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh berjemaah
dengan mereka yang hadir.”
Setelah mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W.
maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangannya
diatas kepala dengan berkata:” Aduh musibah!”
Sebaik sahaja Bilal sampai di masjid maka Bilal
pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah S.A.W. kata kan
kepadanya.
Abu Bakar tidak dapat menahan dirinya apabila
melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a menangis
sehingga jatuh pengsan.
Melihat peristiwa itu, maka riuh rendahlah di
dalam masjid sehingga Rasulullah bertanya kepada Fatimah apakah yang berlaku?”
Maka Fatimah memberitahu:”Kekecohan kaum muslimin sebab anda tidak pergi ke
masjid.”
Kemudian Rasulullah memanggil Ali r.a dan Fadhl
bin Abas, lalu Rasulullah S.A.W. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi
ke masjid. Setelah Rasulullah S.A.W. sampai di masjid maka beliau pun bersolat
Subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat Subuh maka Rasulullah
S.A.W. pun berkata: “Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan
dan pemeliharaan Allah S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada
Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahNya.Sesungguhnya aku akan
meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di
akhirat dan hari terakhir aku di dunia.
Setelah berkata demikian, maka Rasulullah S.A.W.
pun pulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat Izrail:”Wahai
Izrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa dan apabila kamu
hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling
lembut sekali.Apabila kamu pergi kerumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu,
kalau di izinkan kamu masuk maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau dia tidak
mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali kepada ku.
Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah
dari Allah S.W.T. maka malaikat Izrail pun dengan segera menyerupai seorang Arab
Badwi. Setelah malaikat Izrail sampai dihadapan rumah Rasulullah S.A.W. maka
dia pun memberi salam:”Assalamu alaikum yaa ahla baitin nunuwwati wa ma danir
risaalati aadkhulu?” (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu sekelian,
wahai penghuni rumah nabi dan sumber risalah, bolehkah saya masuk?”)
Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam
maka dia pun berkata:”Wahai hamba Allah, Rasulullah S.A.W. sedang sibuk sebab
sakitnya yang semakin berat.”
Kamudian malaikat Izrail berkata lagi seperti
permulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah
S.A.W. dan Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Fatimah r.a:” Wahai Fatimah,
siapakah di depan pintu itu.”
Maka Fatimah r.a berkata:”Ya Rasulullah, ada
seorang Arab Badwi memanggilmu dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda
sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga
merasa mengigil badan saya.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:”Wahai
Fatimah, tahu kah kamu siapakah orang itu?”
Jawab Fatimah:”Tidak ayah.”
Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan
memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan- perkumpulan
dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan penghuni kubur.”
Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya
lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahnya telah hampir, dia
menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar tangisan
Fatimah maka beliau pun berkata:” Janganlah engkau menangis wahai Fatimah,
engkaulah orang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. menjemput malaikat
Izrail masuk. Maka malaikat Izrail pun masuk dengan mengucap: “Assalamualaikum
ya Rasulullah.”
Lalu Rasulullah menjawab:”Wa alaikas saalamu,
wahai Izrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?”
Izrail berkata:”Kedatangan saya adalah untuk
menziarahi mu dan mengambil roh mu, itupun kalau kamu izinkan, kalau tidak
izinkan maka aku akan kembali.”
Rasulullah berkata:”Wahai Izra
il, dimanakah kamu tinggalkan Jibrail?”
Izrail berkata:”Saya tinggalkan Jibrail A.S. di
langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia.”
Tidak berapa saat kemudian, Jibrail A.S. pun
turun dan duduk dekat kepala Rasulullah S.A.W. Apabila Rasulullah S.A.W.
melihat kedatangan Jibrail A.S. maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:”Wahai
Jibrail, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat?”
Jibrail berkata:” Ya, aku memang tahu.”
Rasulullah S.A.W. bertanya lagi:”Wahai Jibrail
beritahu kepadaku kemuliaan yang mengembirakan aku disisi Allah S.W.T.”
Jibrail A.S. berkata:”Sesungguhnya semua pintu
langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi mananti roh mu di langit.
Kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”
Rasulullah S.A.W. berkata:”Sekarang kamu katakan
pula tentang umatku pada hari Kiamat nanti.”
Jibrail A.S berkata:” Allah S.W.T. telah
berfirman: “Sesungguhnya Aku telah melarang semua nabi masuk ke syurga sebelum
engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga
sebelum umat mu memasuki syurga.”
Rasulullah S.A.W. berkata:”Wahai Izrail, dekat
lah kamu kepadaku.”
Setelah itu malaikat Izrail pun memulakan
tugasnya apabila roh itu sampai pada pusat, maka Rasulullah S.A.W. pun
berkata:”Wahai Jibrail alangkah dasyatnya rasa mati.”
Jibrail mengalihkan pandangan dari Rasulullah
apabila mendengar kata -kata beliau.
Melihat telatah Jibrail itu, maka Rasulullah pun
berkata: “Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?”
Jibrail A.S berkata:”Wahai kekasih Allah,
siapakah orang yang sanggup melihat wajah mu di kala kamu dalam sakaratul
maut?”
Anas bin Malik berkata:”Apabila roh Rasulullah
S.A.W. telah sampai di dada beliau bersabda:”Aku wasiatkan kepada kamu semua
menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atas atasmu.”
Ali r.a. berkata:”Sesungguhnya Rasulullah
S.A.W.ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau
sebanyak dua kali dan saya meletakkan telinga saya dekat Rasulullah S.A.W. dia
berkata:”Umatku, Umatku.”
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/
No comments :
Post a Comment